HUM TUM HAREY HEY TUM HAREY SANAM…

February 18th, 2008 by hotchickmama

Tajuk di atas tiada kena mengena ngan tulisan ku kali ni. Sesaje letak tajuk lagu yg dinyanyikan miming oleh Shah Rukh Khan & Madhuri Dixit tuh.. heheheh…

Dah agak lama aku tak menulis di sini, maklumlah dh jpa port baru, fotopages. Ari-ari aku dok melepak kat situ. Kalau u all nk tahu pasal aktiviti seharian aku, jom jengah:-

http://hotchickmama.fotopages.com

Pada yg sudi jengah i kat sana, tq i ucapkan, pada yg tak sudi, x apelah, idoklah teman memaksa. Kita jpa2 di sana ye!!!

SAMBUNG CERITA LAGI

December 27th, 2007 by hotchickmama

Kita sambung cerita lagilah ye.. banyak benda nk dikongsi bersama… Pada hari raya aidiladha yg lepas, kami sekeluarga tlh pulang ke kg ku di Kuala Krau. Kebetulan hari jadi anak2 jatuh pada hari yg sama iaitu Nur pada 19/12 manakala Adib 20/12. So, setiap tahun, memang celebrate besday diaorg bersama2. Maklumlah, cuma selang sehari saja. Raya kali ini, cuma aku dan 3 orang adik yg balik. Yang lain semuanya beraya bersama mertua mereka. Mak telah menyiapkan bermacam2 juadah di pagi raya seperti pulut kuning (special untuk cucu dia yg berdua tu), rendang ayam, laksa lemak, ns impit, kuah kcg, kuih2 raya manakala pada sebelah petang, abah telah menyiapkan sup gear boxnya. Sebab sedap sangat, apalagi, aku pun makan bertambah2lah. Yg lain2 pun sama, nak2 pulak adik aku yg chubby tu, Nizam. Heheehee..

Pada 22/12, kami sekeluarga telah ke Kuantan untuk membeli peralatan persekolahan anak2. Kali ini kami tido di Hotel Grand Continental. Setelah shopping2 di Megamall dan Kamdar, kami ke Perkampungan Tanjung Lumpur untuk mkn mlm. Balik ke bilik, kami meraikan hari jadi anak2, aku telah membeli sebiji kek choc indulgence di Secret Recipe. Itulah kek kegemaran kami sekeluarga. Kalau tahun lepas kami sambut di Hotel Chorus, PD, kali ini sambut di Kuantan pula.

Keesokkan pagi, kami turun untuk bekfes di cafe dan selepas check out dr bilik, kami ke Kuantan Parade dan Giant pulak. Selepas itu, kami bergegas pulang ke rumah kerana adik, abang dan anak sepupu suami yg blk bercuti dr Kelantan mahu singgah di rumah. Setelah spi di Temerloh, kami mula mencr ikan patin untuk dimasak buat tetamu. Sesampai di rumah, aku terus ke dapur untuk memasak. Mereka cuma singgah selama 2 jam sahaja sebelum bertolak balik ke KL.

Pada 25/12 pula, keluarga mertua datang ke rumahku. Adik ipar suami, Ieqa akan mendaftarkan diri di UPSI, Tanjung Malim. Kami tak dapat turut serta kerana suami ada kes di Temerloh. Mereka pun singgah cuma 2 jam sahaja selepas makan nasi dan lauk-pauk yg dimasak olehku. Selepas tu aku menggoreng karipap  untuk dibawa bekal pula untuk mereka meneruskan perjalanan ke Selayang. Tidur di rumah abang iparku di sana.

Semalam, 26/12, kami telah pulang ke Kuala Krau untuk mengambil barang2 adik bongsuku utk dihtr ke UITM, Jengka pada hari sabtu nanti. Insya Allah, petang nipun nk balik ke sana lagi, kali ini nak menghantar pokok2 bunga di luar rumahku ini kerana suami telah mengupah orang untuk mengubahsuai halaman rumah. Taklah disambung besar manapun, cukuplah untuk buat teduhan dr panas dan hujan. Budget yg keluar pun ala2 aja. Nanti kalau dh cukup budget, bolehlah disambung/diubahsuai secara besar2an. Tapi tu tak tahu bilalah pulak, hehehee….

MACAM-MACAM CERITA

December 18th, 2007 by hotchickmama

Em, dh agak lama tak menulis di blogku ini. Adalah 3/4 perkara yang telah berlaku di dalam hidupku kebelakangan ini. Antaranya, pada 30/11 yg lepas, adik2 ku berkumpul di rumahku. Nizam, Eidi & MakSu Erma. Adik2 lelaki dr KL. Nk mengambil adik bongsu mereka untuk pulang ke kg. Tak lama, 1/2 jam aje perjalanannya dr rumahku ini. Keesokkan hari, kami jugak pulang ke kg. Bercerita itu ini bersama2. Banyak benda yg diperbualkan, hehehee.. Pada hari Ahad, 2/12/07, kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan jiran. Meriah sungguh majlis itu. Dan yg paling bes, ada si Maizurah Hamzah. Tapi aku tak berapa perasankannya pada ketika itu. Maklumlah, sibuk bergambar. Balik2 ke rumah, setelah memasukkan gambr2 ke dlm pc, barulah nampak dia yg free hair tu. Cantik sungguh. Mak pun memuji dia lemah lembut sangat. Cantik pulak tu. Rugilah rasanya tak dapat bergambar bersama.

Pada 5/12, aku ke butik Rosmart dan Avon untuk membeli-belah. Dah lama tak ke Avon, banyaklah benda yg diborong tadi. Habislah dlm RM370 membeli benda2 alah tu semua. Tak kisahlah, asalkan barang yg diidam, dapat dibeli. Tak gitu, hehehee..

Pada 8/12 pula, kami ke KL untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan suami di Dewan Tunku, Kelab Golf Negara Subang, Kelana Jaya. Juga untuk membeli laptop adik bongsuku di Plaza Low Yat. Anak2 pulak hepi kerana dapat menonton hero2 mereka iaitu Power Rangers secara live show. Sedangkan umi mereka pun teruja, apatah lg mereka berdua, heheeeh.. Kemudian, siap dpt bergambar dengan hero kesayangan. Kalau anak2 umi hepi, umi pun sama hepi. Nampak dilihat di wajah mereka, mereka puas dengan persembahan yg ditonton sama seperti aksi di kaca tv/cd. Umi pun hepi jugak, dapat bli handbang CARLO RINO yg baru, abah pulak memborong baju kerjanya. Masing2 ada sebab untuk merasa hepi, hheehehehe..

Sebelah malamnya, kami ke majlis Sham & Shelly. Tahniah dari kami berdua. Semoga jodoh kalian kekal sehingga ke akhir hayat.

Pada 11/12, kami ke Kuala Terengganu pula. Suami ada program bersama pihak Maybank dan juga semua peguam2 dari negeri2 di Pantai Timur. Sementara kami, lepak2 saja di bilik hotel. Setelah selesai tugasannya, kami pun terus pulang ke Temerloh.

Balik ke Temerloh, banjir pulak beb. Pada 14/12, kami pusing Temerloh dan meninjau air bah yg agak teruk melanda. Tahun lepas tak seteruk ini rasanya. Apa2 pun, ini semua sudah ketentuanNya. Semoga mangsa2 banjir, tabah menghadapi dugaan ini.

Pada 15/12, kami pulang ke Kuala Krau dan bermalam di sana kerana keesokkannya, 16/12, kami sekeluarga telah ke Cheras untuk menghadiri majlis perkahwinan adik angkat abahku. Dia bekerja sebagai bodyguard TYT Melaka. Beliau pun ada sama semasa majlis berlansung. Sempat pulak aku mengambil gambar pengantin bersama beliau, itu pun takut2 je, ada orang nk temankan dekat2, idoklah teman. Tak branilah. Dapat amik gambar sekeping 2 pun jadilah.

Kemudian, kami minum petang di rumah kakak ke 3ku di Serendah. Rajin Kak Jah gorengkan mihun dan buat kek sebagai santapan kami. Heheehhee.. Setelah berehat 3 jam di rumahnya, kami ke rumah kawan suami yg kebetulan tinggal di kaw perumahan yg sama dgn kakakku. Setelah bertandang selama sejam (terima kasih melayan kami ye Kak Za n Che Din). Letih2 baru balik dari Sarawak, sempat melayan kami lagi. Terima kasih.

Malamnya, kami tumpang tidur di rumah abangku di Damansara Damai. Lepaslah rindu dpt berjumpa kakak/abang/anak2 sedara. Keesokkan pagi, 17/12, kami pun pulang ke rumah di Temerloh sebelum sebelah malamnya balik ke Kuala Krau menghantar ma dan abah. Pagi tadi baru pulang ke rumah semula. Mengadap pc sepanjang hari, Syoknyer duduk santai2 begini…..

JOM JALAN2……

November 29th, 2007 by hotchickmama

Minggu lepas, kami sekeluarga telah ke Masjid Tanah kerana memenuhi undangan kawan karibku, Emy untuk meraikan hari ulangtahun pertama anak ke 2nyer, Erfan. Selamat Hari Jadi sayang! Semoga menjadi anak yg soleh kepada ke 2 ibu bapamu nanti. Insya Allah. Terima kasih di atas layanan Emy sekeluarga. Siap ada buah tangan semasa kami mahu pulang. Buat susah2 aje. Heheeh… Dalam pada itu, kami menunggu kehadiran u all ke Temerloh pula nanti ye! Sure i masakkan u ikan patin masak tempoyak nanti. Insya Allah.

Setelah itu, kami singgah ke Pantai Tanjung Bidara. Sekadar melepas lelah 20 minit di situ, mengambil gambar seperti kebiasaannya, oh, itu sudah pasti, hehehe.., kami pun meneruskan perjalanan ke bandar Melaka. Setelah pusing2 bandar, kami pun bertolak ke Sg. Rambai, rumah birasku untuk bermalam di sana. Sesampai di sana, sudah tersedia mee bandung dan juga soto ayam di atas meja. Fulamak,  langkah kanan betul ari ni. Kerjanya makan aje. Dahla makan sedap2 kat umah Emy tadi dengan nasi minyak pelbagai, ni nak makan2 lagi. Em, selepas kenyang, berehat, solat, menonton tv barang sekejap, kami pun masuklah tidur. Letih beb.. jom kita melayari mimpi2 indah… Selamat malam..

Keesokkan pagi, selepas bersarapan, kami ke bandar Melaka lagi. Kali ini kami singgah di Bandar Merah dan menaiki kapal mengelilingi bandar( sebelumnya itu, singgah makan pulut cendol di satu stall di situ. Sedapnyer makan dlm cuaca panas terik tu, hilang dahaga i). Seronok dan teruja sungguh dibuatnya. Sambil menyusuri sungai, sambil mendengar celoteh dari pekerja di atas kapal itu. Terima kasih di atas segala maklumat yang diberikan. Sungguh bermakna sekali mengenali Melaka walaupun sesingkat masa cuma. Kemudian, kami ke Rest. Asam Pedas untuk mkn tgh hari. Jom pulun asam pedas, pergh! Memang best!

Setelah ketat perut, kenyang sangat2, kami pun meneruskan perjalanan ke PD pulak. Kali ini kami stay @ The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort. Setelah berehat, solat, kami turun ke pantai. Anak2 mandi laut bersama2 abahnya sementara aku, setia bersama camera digital dan hp nokia e65ku itu. Sesudah matahari terbenam, kami kembali ke bilik. Mandi manda, solat dan kemudian bersiap2 untuk keluar makan malam pula. Sesudah makan malam, kami kembali ke bilik selepas hubby menapau benjo n fish & chips. Makan2 sambil menonton tv3. Makan lagi. Manalah badan tak naik. Hish2! Sesudah habis cerita Smallville, aku pun masuk ke kamar. Meneruskan mimpi yang tak sudah semalam. Selamat Malam.

Pagi2 lagi, aku dah bangun. Solat subuh dan turun ke pantai bersendirian. Menikmati matahari terbit, sungguh asyik sekali. Dengan deruan ombak yg memecah ke pantai. Indahnya alam. Tenang dan damai dirasa. Kalau diberi pilihan, memang nak berumah di tepi pantai. Aku memang sukakan laut. Sejak dari dulu lagi. Kebiruannya menyejukkan hati. Tiada kata untuk diluah @ diungkapkan. Em….

Selepas mandi, bersarapan kami terus check out dari hotel dan meneruskan perjalanan ke Seremban. Ada tugasan yang menanti suamiku di sana. Sementelah itu, aku & anak2 ditinggalkan di Jaya Jusco Seremban 2. Sempatlah lunch dan anak2 bermain di situ. Tak lama kemudian, suami kembali dan menyatakan perlu ke PD  semula.. pulak dah.. Nak tak nak, terpaksalah berkejar ke PD pulak untuk menyelesaikan tugasnya. Kali ini, kami stay @ Hotel Seri Malaysia pula. Malamnya, suami keluar sendirian untuk tapau makanan. Mee goreng, satey, nasi goreng dan air mineral. Setelah kenyang, mulalah masuk tidur. Penatnya yang amat. Penat sgt2!

Dah pagi pun. Em, selepas bekfes, kami terus check out dari bilik hotel. Hujan dh mula turun. Musim dia dah agaknya… Sampai di Seremban, aku menunggu hubby menyelesaikan tugasnya. Kemudian, selepas urusannya selesai, kami ke Seremban Parade & Seremban Centre Point. Setelah membungkus makanan (A&W), kami pun pulang ke Temerloh. Sibuk mendobilah beb. Cuci pakaian dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Tapi apa2 pun, kami enjoy dengan percutian kami kali ini. Lain kali kita ke tempat lain pula, dengan cerita yang berbeza pastinya. Insya Allah.

CERITA MINGGU LEPAS….

November 22nd, 2007 by hotchickmama

Cerita pasal minggu lepas, adalah 2, 3 perkara yang telah berlaku. Pertamanya, Hari Graduasi anakku yg ke 2, Nur Nisriina Huwaidah yg diadakan di Hotel Green Park, Temerloh pada 16/11/17. Malam tu dia beraksi dalam pelbagai acara. Antaranyer ialah nyanyian nasyid, berkoir, fashion show, memperdengarkan bacaan doa2 harian dan juga menari ala bollywood menerusi lagu ‘Chori2′.. Kelakar betul bila melihatnya. Namun kami semua seronok dan enjoy pada malam itu. Walaupun tidak meraih sebarang hadiah (dia cuma mendapat tempat ke 4 dari 10 pelajar yg berumur 5 tahun), umi dan abah tidak kisah lansung sayang. Yang penting anak umi dan abah sentiasa ceria, sihat dan keleteh seperti kebiasaannyer. Tapi next year do the best ye dear, cuba dapatkan tittle ‘Pelajar Terbaik’ macam yang Abang Adib dapat last year tau! Insya Allah. Malam itu, kami suami isteri dijemput untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar2 dan tenaga2 pengajar di IB Kindergarten. Juga terpilih sebagai ‘pasangan serasi’ kerana memakai pakaian yang sedondon. Dapatlah hamper malam itu untuk dibuat kenang2an. Ada2 saja Cikgu Julia ni, heehehe…

Keesokkannya, kami pulang ke kampungku di Kuala Krau. Seronok dapat meluangkan waktu hujung minggu bersama ma, abah dan juga adik bongsuku, Maksu Erma. Pada hari ahad, kami menghadiri jemputan perkahwinan jiran yang terdekat. Sedap makan nasi beriyani hari tu. Em, aku kalau bercerita pasal makanan, semuanyer sedap2 saja. Alahai..

Semalam, kami telah mengadakan minuman petang untuk kawan2 hubby. Adalah dalam 15 orang yang datang bertandang. Sekadar jamuan ringan, bergedik dan bersantai, hehehe.. Aku cuma memasak mee bandung, buatkan air bandung, dan hubby membeli 2,3 jenis kuih untuk memperbanyakkan juadah. Terima kasih kepada yang sudi datang. Next time, kita boleh berkumpul lagi ye..

Sepanjang minggu ini juga, sehingga hari raya Aidiladha nanti, kami menghantar anak2 ke pusat tuisyen IB dan juga kelas mengaji Al-Quran. Insya Allah. Semoga mereka tidak lalai dan sentiasa berusaha untuk terus berjaya. Nampaknyer, terpaksalah dikorbankan waktu untuk pergi bercuti bersama keluarga. Manakan tidak, hubby sibuk dengan kes di court dan anak2 dengan kelas2 mereka. Tak apalah, berkorban. Untuk kebahagiaan masa mendatang. Insya Allah. Atas izin-Nya.

SELEPAS HARI RAYA…

November 14th, 2007 by hotchickmama

Dah lama tak menulis.. sejak lepas raya sebulan lepas, aku tak menulis apa2 pun di blogku ini. Em, apa lak nk ditulis ni yea?.. Selepas raya adalah jemputan ke rumah kengkawan, open house gitu. Tahun ni kami tak buat open house cam tahun2 lepas.. Sekadar menanti tetamu yg sudi datang berkunjung ke rumah sahaja. Em, dalam pada itu, sempat aku luangkan masa melawat sedara, cam pak sedara gitu, yg telah dimasukkan ke Hosp Jerantut. Sekarang dia dirawat di Hosp Serdang pula. Aku doakan dia cepat2 sembuh. Insya Allah, dengan kuasa-Nya.

Pada 24/10 yang lepas, aku & anak2 mengikuti hubby ke Klang. Sementelah di Pahang cuti besday Sultan. Hubby ada urusan di Pejabat Tanah Klang. Sambil jenjalan, sambil buat kerja beb… Pegi pagi, balik malam. Dalam kul 11 gitu sampai ke rumah. Penat beb.. hehehe.. Tak kisah, puas berjalan. Paling manis dan menarik, aku dan suami sempat mengerjakan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Wilayah. Masjid Siti kahwin tulah. Cantiknya masjid tu Ya Allah, tak puas berada di sana. Rasa nak tinggal kat sana je. Sungguh! Tenteram jiwa ini dibuatnya….

Hari2 berikutnya, aku menjalani hidup seperti kebiasaannya. Hantar amik anak ke sekolah. Melayan karenah mereka yang tak sudah2. Hehehe.. Macam ada 10 anak pulak bznyer aku. Tak kisahlah, mereka aktive, sihat, aku dah patut bersyukur sangat2!

Pada 3/11, kami sekeluarga ke Sg. Rambai, Melaka pulak. Mak ayah biras nak mengerjakan haji di Mekah. Jadi mereka mengadakan kenduri kesyukuran. Semoga mendapat haji mabrur ye Mak Nab & Pak Mat. Mudah2ah. Amin. Setelah sejam dua berada di sana, kami ke KL pula. Kali ni kami tidur di rumah adik hubby, Su Da di Subang. Maklumlah, setiap kali ke KL, jarang singgah di rumahnya. Asyik amik bilik hotel aje. Naik merajuk makcik tu, hehehe.. Bukan apa, senang kalau tido di hotel, kita ni malasnya nak menyusahkan orang lain. Nanti nak layan makan minum, nak sediakan tempat tidur kami lagi. Sebab tu pk, senang amik bilik saja. Keesokkannya, kami shopping2 pula di IKEA, IKANO POWER CENTRE & THE CURVE. Sekadar habis RM400 shopping di IKEA tu, apa sangatlah yang dapat pun. Trolley pun tak penuh mana. Tapi tulah, seronok bershopping sampai tak nak balik rasanya ke Temerloh. Pulak dah, gitu ye, heheeh. Setelah lunch di Rest Vicchuda di Damansara, kami pun pulang ke Temerloh. Terpaksalah pulang jugak, kan dah duduk di Temerloh. Amboi, biasa, tak nak balik ke Temerloh dah dia…..

Pada 5-7/11 yg lepas, hubby dan kengkawannya telah terbang ke Jakarta. Aku memanglah tak dapat ikut, pasport belum buat lagi. Sementelah, anak2 dalam minggu peperiksaan. Insya Allah, ada rezeki, nak buat pasport n g jenjalan dgn family, baru syiok gitu! Heheehe lagi…Cuma kita ni menumpang dengarlah cerita hubby bila dia balik dari sana, tengok gmbr2 n video yg dia rakamkan. Buah tangan tidak dilupa. Untuk orang yang ditinggalkan di rumah ini. Kalau tak ada buah tangan, dia takut orang rumah dia merajuk nanti, hehehe…Tq hubby, belikan macam2 walaupun harga barang di sana sama mahal jugak dengan nilai duit kita di sini…

Dan aktiviti kami yang terbaru, minggu lepas. Kali ini kami ke KL untuk ke rumah kawan hubby, buat open house lagi. Juga untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 8. Kami tidur di Quality Hotel dan juga Singgahsana Hotel di PJ. Syok shopping2 kat Semua House & Amcorp Mall, PJ. Shopping, sape yg tak rasa seronokkan.. Sure seronok punyalah. Tahun ni, hubby belikan baju2 untukku. Tq hubby..Walaupun umi tak mintak apa2 hadiah dari abang, tapi abang tetap sudi belikan jugak. Walaupun kopak poket abang bayarkan dekat RM400 semata2 belikan baju2 tu untuk umi. Sayang abang! Keesokkannyer, kami ke KL TOWER pulak. 1st time datang sini. Memang best siot! Setelah bergambar2, kami turun lunch pulak di Rest Selero Negori di BB Plaza. Memang best giler masakan Padang & Negeri Sembilan ni. Tak puas2 makan walaupun semalam dah makan masakan ni di Amcorp Mall, PJ. Apa2 pun, aku rasa, kali nilah paling bes kami ke KL sejak sekian lama. Maklumlah, nak celebrate hari ulang tahun perkahwinankan. Memang terasa sweet sesangat. Umi bahagia di samping abang, hidup mati umi, hanya kerana abang, dan juga Dia, Yang Maha Esa. Semoga jodoh kita kekal hingga ke akhir nyawa. Amin.

HARI RAYA AIDILFITRI 2007

October 21st, 2007 by hotchickmama

Hari raya tahun ini, kami sekeluarga telah pulang ke kg suami di Bukit Abal, Pasir Putih. Tetapi sebelum itu, kami sempat pulang ke kg ku di Kuala Krau. Sempatlah berjumpa dengan ma, abah, kakak dan adik2. Walaupun tak dapat beraya bersama tahun ini, sekurang-kurangnya dapat juga bertemu mereka semua sebelum berhari raya. Setelah menempuhi perjalanan dari Temerloh ke Kg Bukit Abal, Pasir Putih selama 5 1/2 jam, aku bersama ipar duai, sibuk di dapur untuk menghidangkan juadah berbuka puasa. Alhamdulillah, Adib dapat berpuasa selama 15 hari tahun ini. Insya Allah, tahun depan, puasa penuh ye Adib? Setelah solat maghrib, kami kaum perempuan, mulalah sibuk di dapur menyediakan nasi dagang, gulai ayam, gulai ikan tongkol untuk sarapan esok hari. Selepas sembahyang sunat hari raya di masjid yang terletak cuma di sebelah rumah (masjid yang dibina oleh kaum-kerabat ayah mertuaku), kami mula menikmati hidangan, mengambil gambar, memberi duit raya kepada anak2 saudara, pergi ke kubur menziarahi mereka yang telah pergi, dan mula menziarahi sanak-saudara yang berdekatan. Seronok dapat pergi ke rumah Pak Da Mat, Mok Mek, Mok Sah, Pok Su Aziz, Nenek, Mok Teh, Abe Mi & Che Ni, Pok Cik Li, Mok Su Gayoh, Mok Ngoh & Pok Ngoh, Mok Moh, umah Mok di Pasir Putih dan umah Abe Lan & Kak Lah. Sakan beraya tahun ni. Seronok beraya di Kelate dari di Kuala Krau, (Em, mampus kalau ma tahu, hehehe..). Setelah seminggu beraya di Kelate, kami pun pulang ke Kuala Krau dan Temerloh. Di sini, adalah kengkawan yang datang beraya. Kami cuma duduk di rumah sahaja. Tidak ke mana2. Anak2 pulak demam. Seronok sangat mandi sungai, main panas di kampung. Jadi kami di rumah sahajalah menantikan tetamu yang sudi datang beraya.

SELAMAT HARI RAYA

October 8th, 2007 by hotchickmama

SELAMAT AIDILFITRI

KEPADA SAUDARA SERTA SAUDARI

SETAHUN HANYA SEKALI

MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI

DI MASA BULAN RAMADAN

KITA BERPUASA HINGGA SEBULAN

PABILA SYAWAL MENJELMA

HARI RAYA DISAMBUT DENGAN GEMBIRA

MISKIN KAYA MEMAKAI BAJU BARU WARNA-WARNI

MENGUNJUNGI SANAK KAUM FAMILI

SUNGGUH HEBAT PEMANDANGAN DI HARI RAYA INI

TUA MUDA WAJAH BERSERI-SERI

MARILAH BERGEMBIRA

BERSAMA MENIKMATI HARI RAYA

MINTAK MAK…. KUIH SEPOTONG

SAYA MAHU MAKAN KERNA PERUT KOSONG

MAAFKANLAH JIKA ADA TERLANJUR PERKATAAN

DIHARAP SUPAYA JANGAN DISIMPAN

KU BERDOA SELAMAT PANJANG UMUR MURAH REZKI

SEMOGA TUHAN AKAN MEMBERKATI

SELAMAT HARI RAYA

HARI UNTUK KITA BERSUKA RIA

SELAMAT KAMI UCAPKAN

UNTUK KITA HINGGA SAMPAI TAHUN DEPAN

SELAMAT HARI RAYA…..

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA, AMPUN MAAF DIPINTA, SEMOGA PAGI SYAWAL YANG MENJELANG, MEMBERIKAN SERIBU KEBAHAGIAAN UNTUK KITA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA. MUDAH-MUDAHAN. AMIN.

SHOPPING @ KUANTAN…

October 8th, 2007 by hotchickmama

Ahad lepas, aku dan family telah ke Kuantan untuk bershopping dan juga kerana hubby ada kes di sana. So, sambil menyelam, minum airlah ni… heheh.. Kami telah ke Kuantan Megamall dan juga ke Kuantan Parade. Ramainyer umat manusia, maklumlah dah nak dekat ngan raya.. Seronok membeli-belah walaupun bersesak dengan ramai orang. Semangat shopping tu kira ‘mari’lah.. heheh… Selepas sudah bershopping, kami ke Hotel Grand Continental pulak untuk merehatkan badan. Selepas berehat dan bersolat, kami ke Tanjung Lumpur untuk mencari restoran untuk berbuka puasa. Em, kat Rest. Phuket semuanyer dah penuh. Jadik ke ke Rest. Nara. Penuh jugak dengan orang ramai. Tapi nasib baiklah tinggal sebuah meja lagi untuk kami anak beranak. Alhamdulillah. Setelah selesai, kami pulang ke hotel untuk berehat. Dalam pukul 4 pagi kami turun ke Manja Cafe untuk bersahur. Kemudian naik ke bilik, solat dan mulalah aku membaca majalah2 yang telah dibeli. Seronok melihat gambar2 orang tengah beraya dalam majalah2 tu. Tak sabar dah nak beraya ni.. heheeh..

Sany0108

SHOPPING 4 RAYA!

October 2nd, 2007 by hotchickmama

Last weekend, kami sekeluarga telah ke KL untuk shoping2 4 raya. Kami ke Mid Valley untuk tujuan itu. Adalah serba sedikit barang yang dibeli. Baju suami dan anak2. Aku pulak sekadar membeli parfum dari The Body Shop. Kami stay @ Citi Tel dan berbuka puasa di Rest. Nasi King, Shah Alam. Hubbyla teringin sangat nak makan nasi beriyani. Bersahur pulak di Citi Cafe. Ingat minggu ni nak turun KL lagi. Hehe.. Kalau setakat kat Temerloh ni, tak de barang sangatlah. Limited choice. Faham2 ajelah, cowboy town. Heeeh, marah lak orang2 Temerloh kat luar tu.. Insya Allah, kami sekeluarga akan beraya di Pasir Puteh, Kelantan tahun ni. Rumah hubby. Sedih lak rasanyer tak dapat berkumpul adik-beradik cam tahun lepas. Apa boleh buatkan, kita berkumpul lain kali ajelah, huhu.. sedih…

Sany0100